Seramai 397 kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dibuka sejak semalam.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kempen selama lima hari sehingga 24 Jun ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan vaksin bagi anak mereka berusia lima tahun ke atas.
Ujarnya untuk PICKids kita telah mulakan satu kempen khusus, dibuka semula pickids bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun Sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.